KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands, Sabtu.
Ahmad Zahid berkata kejayaan atlet berusia 23 tahun itu, yang turut menyumbang pingat gangsa dalam acara berpasangan campuran bersama Izzat Shameer Dzulkeple pada kejohanan berkenaan, membuktikan tiada yang mustahil.
"Semoga Farah Ain akan terus cemerlang dalam sukan yang diceburi dan memberi inspirasi kepada atlet lain untuk tidak pernah mengalah dan percaya akan kemampuan diri," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Ahmad Zahid juga berharap Malaysia akan terus melahirkan lebih ramai atlet yang hebat dan dapat mengangkat nama negara setanding dengan negara lain di persada dunia.
Pada kejohanan itu Nor Farah Ain melakar sejarah tersendiri apabila memenangi pingat emas selepas mencipta kemenangan bergaya 6-2,6-3 ke atas Connie Rixon dari Malta pada final acara perseorangan wanita.
Pada acara berpasangan campuran, gandingan Nor Farah Ain dan Izzat Shameer memperoleh gangsa selepas tewas 2-9,3-11 kepada pasangan Australia Ray Pearse dan Samantha Atkinson di pentas separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Ahmad Zahid berkata kejayaan Farah Ain yang turut menyumbang pingat gangsa dalam acara berpasangan campuran pada kejohanan berkenaan, membuktikan tiada yang mustahil. - Foto FB Zahid Hamidi
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
China setuju lanjutkan tempoh pengecualian visa untuk rakyat Malaysia - Ahmad Zahid
China bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa pelancong Malaysia dari 15 ke 30 hari, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bersama jemaah menteri hari ini mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masya
TPM Zahid lakukan kunjungan hormat ke atas PM China, Li Qiang
Ahmad Zahid mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri China, Li Qiang di Rumah Tamu Negara Diaoyutai di Beijing.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
Ahmad Zahid tiba di Beijing akhiri lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di destinasi terakhir bagi rangka lawatan rasminya ke China, hari ini.
MARA Corporation teroka pembuatan kenderaan EV, tenaga boleh diperbaharui dengan syarikat gergasi China
MARA Corporation menempa satu lagi kejayaan dalam bidang perniagaan baharu terutama membabitkan tenaga boleh diperbaharui dan pembuatan bas elektrik.
'Masa depan lepasan SPM kurang cemerlang belum berakhir' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 hari ini.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Ahmad Zahid raikan komuniti, pelajar Malaysia di Shanghai
Pelajar dan rakyat Malaysia di China dianggap sebagai duta kecil dan mereka perlu menjaga imej negara dengan menolak tohmahan serta menjawab segala prejudis serta salah faham berkaitan Malaysia.